Friday, June 3, 2011

Kisah Cinta Datang Dan Pergi..

Ini komik yang cute dan sweet tentang cinta. Cinta tak semestinya kekal dan akibat putus cinta kita akan rasa kekosongan. Sila baca komik super panjang ini hingga ke akhir dan I will bet anyone who ever been in and out of love can relate to it. Harapannya ialah setiap seorang daripada kamu akan dapat happy ending yang sama. 




Thursday, March 24, 2011

Pemain MP3 Dengan Charger Bina Dalam..

Konsep pemain MP3 dengan built in wall plug rekaan Giha Woo. Kalau sedang layan muzik dan bateri habis charge anda hanya perlu cari soket dinding dan cocok. Tak perlu charger besar. Tak perlu form J dan penyata bank simpanan selama 6 bulan juga. Tidak perlu garantor atau cagalan! Haiya..



Saturday, March 19, 2011

Patung Aksi Mark Zuckerberg...

Patung pencipta Facebook ini kelihatan sangat realistik lengkap dengan sandal Adidas! Cool beans. Setiap satunya dijual dengan harha USD 69.90






Thursday, February 17, 2011

Thursday, February 3, 2011

Kreatif Punyer Orang Mesir....

Di Mesir senjata utama yang digunakan oleh pihak anti-Mobarak vs pro-Mubarak ialah batu. Banyak yang cedera apabila batu hinggap ke kepala. So apa yang berlaku ialah depa start buat   helmet buatan sendiri



Wednesday, February 2, 2011

Kitar Semula Buku-Buku Lama...

Setiap tahun ribuan buku dibuang dari perpustakaan kerana sudah outdated. Ada diantara buku ini boleh dibeli di kedai buku lelongan. Macam aku suka pergi ke tempat jualan buku murah to find these outdated books. A few months back aku jumpa buku yang sudah kena buang "California Board of Education" dijual RM1 senaskah disebuah kedai buku terpakai. Buku zaman fifties. Cool jugak la.

Di perpustakaan Delft University of Technology, buku yang sudah tidak boleh digunakan disusun menjadi kounter bekerja para perpustakawan. Kira-kira 2 tahun yang lalu perpustakaan asal musnah dalam satu kebakaran. Buku yang anda lihat dibawah ini ialah buku yang berjaya diselamatkan tetapi tidak boleh digunakan. Mungkin dah berbau asap atau rosak akibat terkena air bomba. Dari dibuang baik recycle sahaja kan? Tapi sebagai pecinta buku aku rasa sedih bila tengok banyak buku yang dah tak boleh dipakai lagi kini hanya mampu menjadi meja.





Monday, January 31, 2011

Kucing Munchkin..

Ini kucing baka Munchkin dari USA. Ianya mula ditemui sekitar 60-an. Kaki kucing ini pendek akibat mutasi. Walapun kaki pendek kucing ini masih aktif seperti kucing lain. Munchkin cat adalah the feline equivalent of a Corgie or Dachshund (anjing hot dog) in canines.


They are so cute..........





JAM pling unik....tp cool...

ni ialah jam Hublot La ClĂ© Du Temps dari HUBLOT rekaan Mathias Buttet. Jam special edition HUBLOT ini bakal dijual bulan Mac hadapan. Harga sebijik? No idea tapi selalunya hampir EURO 1 juta satu

Saturday, January 29, 2011

Audition American Idol Yang Cukup Sedih..

sedyh arr...

kadang2 kite perlu gembira...

assalamualaikum..

kadang-kadang kita perlu gembira
untuk menutup kedukaan..

kadang-kadang kita perlu senyum
walaupun hati kecawa


kadang-kadang kita rasa benci
walaupun sayang..

tapi sampai bila....
empangan di mata akan pecah juga satu hari nanti
dan di saat itu
semua orang akan tahu kebenarannya
bahawa akulah seorang penipu

kadang-kadang kita hanya perlu senyap
diamkan diri sahaja
walaupun hati kecil menjerit
meronta ingin semua orang mengetahuinya
tapi itu semua mustahil
kerana tiada orang yang akan peduli akannya..
atau lebih teruk lagi
kebenaran itu mungkin menjadi penyebab
kebencian
kemarahan
kemusnahan

kadang-kadang lebih baik kalau kita sahaja yang mengetahuinya
kadang-kadang lebih baik jika kita tetap terus tersenyum
kadang-kadang lebih baik jika kita tetap terus bertahan
demi mengecapi kebahagian..